PLAYSTUDIOS ASIA LIMITED (“PLAYSTUDIOS”,” “kami”) hargai privasi anda.  Kami menawarkan pelbagai jenis permainan menerusi beberapa cara, termasuk aplikasi mudah alih, aplikasi Facebook dan juga platform-platform lain seperti SMS, LINE, Kakao, WeChat, Weibo, Google+ dan Tango (secara kolektif, “Aplikasi” kami). Di laman web kami http://www.playstudios.asia dan http://prereg.lucky.life (“Laman”), kami menawarkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami, termasuk permainan-permainan, cara untuk menebus mata yang dikumpul menerusi Aplikasi dan kempen pemasaran yang berkait dengan permainan-permainan yang kami ada dari masa ke semasa. Dalam Polisi Privasi ini (“Polisi”), kami menerangkan bagaimana kami kumpul, guna dan menzahirkan maklumat yang kami terima tentang pelawat-pelawat ke laman dan Aplikasi kami, serta perkhidmatan yang ditawarkan untuk setiap satunya (secara kolektif, “Perkhidmatan”).

 

Dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan atau melawat Laman atau Aplikasi kami, anda bersetuju bahawa maklumat peribadi anda akan dikumpul, diguna, disimpan serta dizahirkan seperti mana yang tertera dalam Polisi ini. Pengunaan laman, Aplikasi atau Perkhidmatan kami adalah tertakluk kepada Polisi ini dan Terma-Terma Perkhidmatan kami.  Terma-terma Perkhidmatan PLAYSTUDIOS menjadi sebahagian daripada Polisi ini melalui rujukan: 

Anda diminta untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan atau melawat laman atau Aplikasi kami jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana amalan yang dijelaskan dalam Polisi ini atau tidak bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan penzahiran maklumat peribadi anda seperti yang tertera dalam Polisi ini.

Semua terma yang dihurufbesarkan tetapi yang tidak ditakrifkan dalam Polisi ini akan mengikut definasi yang diberikan dalam Terma-Terma Perkhidmatan.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau perbezaan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi-versi Polisi ini dalam bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. 

 

Apakah Maklumat Yang Dikumpul Dari Anda dan Tujuan Pengumpulan?

 

Maklumat Yang Dikumpulkan dari Anda Secara Terus dan Semasa Anda Menggunakan Permainan-Permainan Kami

 

Maklumat Yang Dikumpulkan Tentang Anda Dari Facebook atau Platform Pengesahan Lain

 

Maklumat Yang Kami Kumpul Secara Otomatik

 

Analitis Laman

 

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

 

Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Anda
 

Pautan Pihak Ketiga

 

Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna

 

Keselamatan Maklumat Peribadi Saya

 

Akses Kepada dan Pembetulan Maklumat Peribadi Saya

 

Apakah Pilihan Yang Saya Ada Berkenaan Penggunaan Maklumat Peribadi Saya?

 

Rangkaian Iklan Pihak Ketiga 

Kanak-kanak Di Bawah 13 Tahun

 

Hubungi Kami

 

Pindaan Kepada Polisi Ini

 

Persetujuan Anda

 

Apakah Maklumat Yang Dikumpul Dari Anda Dan Tujuan Pengumpulan?

Kami boleh mengumpul maklumat tentang anda, secara elektronik, terus dari anda dan pihak ketiga, serta secara otomatik menerusi penggunaan Laman, Aplikasi dan Perkhidmatan kami oleh anda.

 

Maklumat peribadi yang mungkin diminta oleh kami untuk diberikan oleh anda adalah sukarela sepenuhnya. Anda masih boleh menggunakan Perkhidmatan kami secara tanpa-nama. Walau bagaimana pun, untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan yang tertentu, seperti menyimpan baki-baki mata antara peralatan atau sesi, atau untuk penebusan ganjaran, anda perlu mengesahkan akaun menerusi Facebook atau menerusi cara Pengesahan yang dipilih oleh anda, yang mana akan mengemukakan maklumat peribadi anda yang tertentu kepada kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada kami melalui Facebook atau akaun Pengesahan yang dipilih, kami tidak boleh menawarkan Perkhidmatan yang penuh kepada anda. Promosi-promosi tertentu juga memerlukan anda untuk menghantar secara terus maklumat-maklumat peribadi yang tertentu kepada kami; pemberian maklumat ini, sepertimana penglibatan anda dalam promosi-promosi tertentu, adalah bergantung kepada pilihan anda.

 

 

Maklumat Yang Dikumpulkan Dari Anda Secara Terus dan Semasa Anda Menggunakan Permainan-Permainan Kami Sebahagian daripada dan ciri-ciri Aplikasi yang tertentu memerlukan pendaftaran, seperti pengumpulan, pembelian dan penebusan Mata Kesetiaan, Barangan Maya dan Ganjaran, dan untuk memaparkan apa-apa Kandungan Pengguna. Untuk mendaftar, anda perlu mewujudkan akaun dengan PLAYSTUDIOS dengan mengakses Aplikasi kami menerusi akaun Facebook anda atau apa-apa cara pengesahan yang ditawarkan menerusi Perkhidmatan (“Pengesahan”), yang boleh termasuk SMS, LINE, Kakao, WeChat, Weibo, Google+ dan Tango. Anda boleh mengumpul Mata Kesetiaan ketika melawat Aplikasi kami, dan kami akan ikut jejak Mata Kesetiaan anda. Peraturan-peraturan yang tertentu mungkin juga terpakai kepada perolehan dan penebusan Mata Kesetiaan anda. Sekiranya anda layak untuk membuat sedemikian, dan jika anda memilih untuk membeli Ganjaran dengan menggunakan Mata Kesetiaan anda, kami akan mengumpul nama dan alamat e-mel anda untuk memproses ganjaran anda.

 

Penglibatan dalam kempen pemasaran kami yang berkaitan dengan permainan-permainan kami mungkin memerlukan pendaftaran. Kami mungkin akan mengumpulkan maklumat anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat e-mel, negara dan system operasi yang anda gunakan.

 

Maklumat Yang Dikumpulkan Tentang Anda Dari Facebook atau Platform Pengesahan Lain

Apabila anda log masuk ke dalam aplikasi mudah alih kami menerusi akaun Facebook atau Pengesahan anda, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat-maklumat log masuk dan kata kunci anda. Facebook dan platform Pengesahan yang berkaitan akan mengawal maklumat yang dikumpul daripada anda semasa proses log masuk tersebut; PLAYSTUDIOS tidak mengawal maklumat yang dikumpul dari anda oleh Facebook dan platform-platform Pengesahan yang lain. Apabila anda menggunakan mana-mana Aplikasi kami (sama ada aplikasi mudah alih kami, aplikasi Facebook kami atau jika anda mengakses permainan-permainan kami menerusi platform Pengesahan yang lain), kami akan mengumpul atau mengakses maklumat-maklumat anda seperti yang berikut, tetapi hanya jika anda memberikan kebenaran: (i) mengakses dan mengumpul maklumat asas anda (ini mungkin termasuk nama, gambar profil, jantina, jaring rangkaian, ID pengguna, senarai nama rakan-rakan, tarikh lahir, alamat e-mel, dan maklumat-maklumat lain yang diletak sebagai umum pada Facebook atau akaun Pengesahan anda); (ii) untuk penghantaran e-mel promosi, tetapi hanya dengan izin anda, (iii) paparkan kepada Dinding Facebook anda atau laman sosial media lain yang anda berhubung dengan; (iv) akses paparan dalam saluran berita anda dalam Facebook atau akaun Pengesahan yang lain; dan (v) akses kepada data anda di Facebook atau akaun Pengesahan yang lain pada bila-bila masa termasuk ketika anda tidak menggunakan Facebook atau akaun Pengesahan yang berkaitan. Sila ambil perhatian, sekiranya anda memberi izin kepada PLAYSTUDIOS untuk mengakses maklumat-maklumat ini, PLAYSTUDIOS akan mempunyai akses kepada maklumat ini walaupun anda tidak memilih untuk meletakkan maklumat-maklumat ini sebagai umum.

 

Untuk maklumat tentang bagaimana Facebook atau platform Pengesahan lain boleh menzahirkan maklumat anda, termasuk apa-apa maklumat yang anda jadikan sebagai umum, sila rujuk kepada Polisi Privasi Facebook atau platform Pengesahan yang berkaitan. Kami tidak ada kawalan terhadap cara Facebook atau platform Pengesahan yang berkaitan menggunakan atau menzahirkan maklumat peribadi yang anda berikan kepadanya. Kami menyimpan maklumat yang kami terima dari Facebook dan platform Pengesahan yang lain disamping maklumat yang lain yang kami kumpul dari anda atau terima mengenai anda.

 Maklumat Yang Kami Kumpul Secara Otomatik

Untuk penguna-penguna aplikasi mudah alih kami, kami mengumpul maklumat berikut tentang penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda: maklumat bahasa, geo-lokasi anda (dengan izin anda), peralatan pengenalpasti unik (seperti yang diizinkan), serta nama dan model peralatan.

 

Maklumat ini yang kami kumpulkan tentang anda mungkin akan merangkumi maklumat peribadi. Kami mungkin menggunakan maklumat ini secara agregat atau kami akan menggabungkannya dengan maklumat peribadi mengenai anda.

Analitis Laman

Kami menggunakan peralatan dan aplikasi otomatik, seperti Google Analytics atau Facebook Insights, untuk menilaikan penggunaan laman kami dan, setakat dibenarkan, Aplikasi-Aplikasi kami. Kami juga mungkin menggunakan cara-cara analitis yang lain untuk menilai Perkhidmatan kami. Kami gunakan peralatan ini untuk membantu kami meningkatkan Perkhidmatan dan pengalaman pengguna kami.

 

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami gunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda secara elektronik untuk tujuan-tujuan berikut: 

·       Untuk memberikan Perkhidmatan kami kepada anda, untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan penggunaan Perkhidmatan kami, untuk menjawab pertanyaan anda, untuk memenuhi pesanan anda, dan untuk tujuan-tujuan perkhidmatan pelanggan yang lain.

  • Untuk pengesahan pengenalan, pengumuman ganjaran, pengurusan logistik dan untuk mentadbir kempen pemasaran kami.
  • Untuk menyesuaikan kandungan dan maklumat yang kami mungkin hantar atau paparkan kepada anda, untuk menawarkan penyesuaian lokasi, dan sebaliknya untuk memberi pengalaman individu kepada anda ketika menggunakan laman, Aplikasi atau Perkhidmatan kami.
  • Jika diizinkan undang-undang, dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat berkenaan Facebook dan platform Pengesahan lain, untuk tujuan pemasaran dan promosi. Sebagai contohnya, kami mungkin menggunakan maklumat anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat e-mel dan nombor telefon anda, untuk menghantar maklumat berkenaan dengan produk-produk kami, perkhidmatan dan anjuran kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada permainan-permainan, berita dan laporan berkala, tawaran istimewa, promosi, kempen pemasaran, rakan kongsi Ganjaran yang baru serta ganjaran yang disediakan oleh Rakan Kongsi Ganjaran kami termasuk tetapi tidak terhad kepada makanan dan minuman, pakej-pakej hotel, pakej-pakej melancong, akses ke kelab-kelab dan ruang rehat, pertunjukan, taman permainan, hiburan, tawaran istimewa di kedai-kedai jualan dan kasino. Di sesetengah negara, kami hanya dibenarkan di sisi undang-undang untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung di mana anda telah bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda untuk tujuan itu, dan di negara-negara tersebut, kami hanya akan berbuat demikian dengan kebenaran anda. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dianggap telah bersetuju untuk kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung. Walaupun anda telah bersetuju, anda mempunyai pilihan untuk memilih keluar daripada menerima bahan pemasaran langsung dari kami pada masa akan datang. Kami juga mungkin menggunakan maklumat yang kami mengetahui berkenaan anda untuk menentukan cara untuk membantu kami dalam pengiklanan Perkhidmatan kami di laman web pihak ketiga.
  •  Untuk lebih memahami bagaimana pengguna mengakses dan menggunakan Perkhidmatan kami, kedua-dua secara agregat dan individu, dalam usaha untuk meningkatkan Perkhidmatan kami, menganalisa trafik pemain dan aktiviti, bertindak balas kepada kehendak dan pemilihan pengguna, dan untuk tujuan analisis dan penyelidikan yang lain.
  •  Kami juga boleh mempaparkan pada Dinding Facebook anda atau rangkaian sosial lain yang telah disambungkan oleh anda, mengakses paparan dalam saluran berita anda di Facebook atau akaun Pengesahan lain, dan mengakses data anda di Facebook atau akaun Pengesahan lain pada bila-bila masa walaupun anda tidak log masuk ke dalam Facebook atau akaun Pengesahan masing-masing, tetapi hanya dengan kebenaran anda. Kami akan menggunakan dan mengakses maklumat ini untuk tujuan yang dinyatakan dalam seksyen ini dan seperti yang dibincangkan di bawah, tetapi hanya dengan kebenaran anda.
  • Untuk mengurus, membangun dan meningkatkan operasi perniagaan kami, untuk menguruskan pembayaran, pembilan, perakaunan dan hal-hal pemulihan hutang.
  •  Untuk menyiasat, mencegah atau mengambil tindakan terhadap aktiviti haram, penipuan yang disyaki, situasi yang melibatkan ancaman kepada keselamatan mana-mana orang, pelanggaran Terma Perkhidmatan kami atau Polisi ini, atau sebagai bukti dalam penyelesaian pertikaian di mana PLAYSTUDIOS terlibat.
  • Seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, atau untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah, proses undang-undang lain, seperti dalam tindak balas kepada perintah mahkamah atau sepina atau untuk mematuhi permintaan daripada pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia.
  • Untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh atau terhadap atau selainnya yang melibatkan anda berkenaan dengan mana-mana Perkhidmatan yang disediakan oleh kami.
  • Untuk menguatkuasakan hak-hak undang-undang dan kewajipan kami.
  • Untuk apa-apa tujuan lain di mana kami telah memperolehi kebenaran nyata anda.

Maklumat peribadi anda boleh disimpan dan boleh terus digunakan sehingga: (i) tujuan berkaitan bagi penggunaan maklumat anda yang dinyatakan dalam Polisi ini tidak lagi terpakai; dan (ii) kami tidak lagi dikehendaki oleh undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan, obligasi kontrak atau tujuan perniagaan yang sah untuk menyimpan maklumat peribadi anda dan penyimpanan maklumat peribadi anda tidak diperlukan bagi penubuhan, penguatkuasaan atau pembelaan mana-mana tuntutan undang-undang.

 

Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Anda

Kami mungkin akan berkongsi maklumat yang kami terima daripada anda, termasuk maklumat yang boleh mengenalpasti individu, seperti berikut:

  • Pengguna-Pengguna Facebook dan platform Pengesahan. Nama pengguna dan gambar profil Facebook dan akaun Pengesahan anda akan dapat dilihat oleh semua pengguna PLAYSTUDIOS lain, tidak kira sama ada mereka adalah rakan-rakan Facebook anda atau rakan-rakan di akaun Pengesahan. Di samping itu, apabila anda menyertai PLAYSTUDIOS, jika anda memberi kebenaran melalui tetapan untuk papar di Dinding Facebook anda atau lain-lain rangkaian sosial yang telah disambungkan, pemberitahuan akan dapat dilihat pada halaman Facebook anda atau platform Pengesahan yang berkenaan untuk memaklumkan kepada rakan-rakanbahawa anda telah mula menggunakan PLAYSTUDIOS. Aplikasi PLAYSTUDIOS juga akan dapat dilihat pada halaman Facebook anda di bawah "aplikasi" atau seksyen yang serupa dalam platform Pengesahan masing-masing.
  • Pengguna-Pengguna PLAYSTUDIOS. Nama pengguna anda dan apa-apa maklumat yang anda papar ke PLAYSTUDIOS, termasuk, tanpa had, ulasan, komen, skor, penyertaan dalam permainan, dan teks akan tersedia kepada, dan boleh dicari oleh, semua pengguna PLAYSTUDIOS lain.
  • Kumpulan Kami. Maklumat yang kami kumpulkan tentang anda mungkin akan dikongsi bersama dan diakses oleh kakitangan yang bekerja untuk PLAYSTUDIOS dan ahli-ahli kumpulannya, yang bertempat di Amerika Syarikat dan Hong Kong. Untuk senarai penuh ahli-ahli kumpulan kami, sila klik di sini http://www.playstudios.com/contact/.
  • Rakan Kongsi kami. Kami mungkin berkongsi maklumat tertentu berkenaan Ganjaran anda dengan rakan-rakan kongsi kami. Rakan-rakan kongsi kami akan menggunakan maklumat ini hanya untuk menentukan kelayakan anda untuk Ganjaran tersebut. Apa-apa maklumat yang anda hantarkan kepada pihak ketiga akan ditadbir oleh dasar privasi laman web pihak ketiga tersebut dan bukan Polisi ini. Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan-rakan kongsi kami atau pihak ketiga yang lain untuk tujuan pemasaran langsung mereka. Rakan-rakan kongsi kami mungkin bertempat di negara-negara selain daripada negara asal anda, termasuk Amerika Syarikat, Hong Kong, Taiwan, China, Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura dan Thailand. Untuk butir-butir hubungan Rakan-Rakan Kongsi Ganjaran kami, sila lihat di bawah:

o MGM Macau - https://www.mgmmacau.com/contactus

o MGM Resorts International - https://www.mgmresorts.com/contact/

o Resorts World Manila - http://www.rwmanila.com/contact-us

o Silks Place - http://www.silksplace-tainan.com.tw/en/contactus.php

o 51Book - Telefon +86 551 65.238.888

o Westminster Travel - http://www.westminstertravel.com/hk/Content/ContactUs.aspx

o Wolfgang Puck - http://wolfgangpuck.com/contact-us

  • Pemberi Perkhidmatan dan Penasihat.  Kami mungkin menzahirkan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda kepada pembekal pihak ketiga, pemberi perkhidmatan, kontraktor atau ejen yang menjalankan fungsi bagi pihak kami. Kami mungkin juga menzahirkan maklumat anda kepada penjamin insurans dan penasihat kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada perunding, juruaudit, akauntan dan peguam. Pemberi perkhidmatan dan penasihat kami mungkin terletak di negara-negara selain daripada negara asal anda, termasuk Amerika Syarikat dan Hong Kong.
  • Pemindahan Perniagaan: Jika kami diambil alih atau bergabung dengan syarikat lain, jika sebahagian besar aset kami dipindahkan ke syarikat lain atau sebagai sebahagian daripada prosiding kebankrapan, kami boleh memindahkan maklumat yang kami telah kumpulkan daripada anda kepada syarikat lain tersebut.
  • Respon Kepada Proses Undang-Undang atau Keperluan Undang-undang. Kami juga boleh menzahirkan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda kepada mana-mana pihak penguatkuasa kerajaan atau kawal selia yang relevan, mahkamah, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, dan kepada mana-mana individu berkaitan dengan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh atau terhadap atau selainnya melibatkan anda dengan mana-mana Perkhidmatan yang disediakan oleh kami.
  • Untuk Melindungi PLAYSTUDIOS dan lain-lain.  Kami juga boleh menzahirkan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda sekiranya difikirkan perlu untuk menyiasat, mencegah, atau mengambil tindakan berkenaan aktiviti haram, penipuan yang disyaki, situasi-situasi yang melibatkan ancaman kepada keselamatan mana-mana individu, pelanggaran Terma-Terma Perkhidmatan atau Polisi ini, atau sebagai bukti dalam penyelesaian pertikaian di mana PLAYSTUDIOS terlibat.
  • Lain-lain. Mana-mana individu lain di mana penzahiran maklumat adalah perlu untuk kami menyediakan, mengurus atau mentadbir Perkhidmatan kepada anda, atau bagi apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini. Kami juga boleh menzahirkan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda kepada mana-mana pihak lain yang anda telah setuju untuk kami zahirkan maklumat anda.
  • Maklumat yang di agregat dan dipadam pengenalan. Kami mungkin berkongsi maklumat agregat atau yang dipadam pengenalan mengenai pengguna-pengguna dengan pihak ketiga untuk pemasaran, pengiklanan, penyelidikan atau tujuan-tujuan yang serupa.

Pihak-pihak yang kami zahirkan maklumat anda mungkin terletak di dalam atau di luar negara asal anda dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke suatu tempat di luar negara asal anda. Maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda juga boleh disimpan di lokasi luar negara asal anda. Dalam beberapa negara-negara ini, tidak ada undang-undang perlindungan data yang sebahagian besarnya sama dengan, atau mempunyai tujuan yang sama seperti, undang-undang perlindungan data negara asal anda. Ini bermakna maklumat peribadi anda mungkin tidak dapat dilindungi ke tahap yang sama atau serupa seperti di negara asal anda. Dalam kes seperti ini, kami tetap akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda disimpan dan diproses dengan selamat dan mengikut Polisi ini, di setiap negara di mana maklumat peribadi anda disimpan dan / atau diproses, melalui obligasi kontrak terhadap penerima maklumat peribadi anda.

Pautan Pihak Ketiga

Laman dan Aplikasi kami mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga. Sebarang akses kepada dan penggunaan laman-laman web tersebut tidak dikawal oleh Polisi ini, tetapi sebaliknya, ditadbir oleh dasar privasi laman-laman web pihak ketiga tersebut. Kami tidak bertanggungjawab terhadap cara-cara pengurusan maklumat oleh laman web pihak ketiga tersebut.

 

 

 

Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna

Kami boleh membenarkan pengguna untuk menghantar kandungan mereka sendiri ke Laman dan Aplikasi kami termasuk, tanpa had, gambar-gambar, ulasan-ulasan, komen-komen dan teks lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada privasi mana-mana maklumat yang anda pilih untuk hantar melalui Laman, Aplikasi dan Perkhidmatan kami, atau melalui mana-mana forum awam, seperti blog, atau ke atas ketepatan apa-apa maklumat yang terkandung di dalam paparan-paparan tersebut. Sebarang maklumat yang anda zahirkan akan menjadi maklumat awam. Kami tidak boleh menghalang maklumat itu daripada digunakan dengan cara yang boleh melanggar Polisi ini, undang-undang, atau privasi peribadi anda.

Jika anda hantar maklumat peribadi yang berkaitan dengan individu lain kepada Laman dan Aplikasi kami, anda memberi jaminan kepada kami bahawa anda telah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada individu itu untuk mengemukakan maklumat beliau ke Laman dan Aplikasi kami dan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan beliau untuk pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan penzahiran maklumat peribadinya mengikut Polisi ini.

Keselamatan Maklumat Peribadi Saya

Kami telah melaksanakan langkah berjaga-jaga komersial yang munasabah yang direka untuk melindungi maklumat yang kami kumpul daripada kehilangan, penyalahgunaan, dan akses tanpa kebenaran, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyalinan, pengubahan, kemusnahan dan risiko-risiko yang serupa. Sila ambil perhatian bahawa tanpa mengira usaha terbaik kami, tiada langkah-langkah keselamatan data dapat menjamin keselamatan 100%.

 

Anda perlu mengambil langkah-langkah untuk melindungi dari akses tanpa kebenaran kepada kata laluan anda, telefon, dan komputer, dengan cara-cara antara lainnya, log keluar selepas menggunakan komputer yang dikongsi, pilihan kata laluan yang teguh yang tidak diketahui atau boleh diteka oleh individu lain, dan dengan menjaga privasi kata laluan anda. Kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kecurian, atau kata laluan yang dimudaratkan atau apa-apa aktiviti di akaun anda menerusi aktiviti pencerobohan masuk kata laluan. Untuk menukar kata laluan Facebook anda atau kata laluan pada akaun Pengesahan anda, anda perlu pergi ke laman web Facebook atau akaun Pengesahan yang berkenaan dan mengikut prosedur-prosedur untuk menukar kata laluan anda. 

Akses dan Pembetulan Maklumat Peribadi Saya

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada salinan maklumat yang disimpan kami tentang anda dan hak untuk meminta pembetulan maklumat tersebut. Jika anda ingin mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di DataProtection@playstudios.asia atau melalui telefon di +852 2155 2207.

Anda juga boleh mengubah suai maklumat peribadi yang telah dihantar oleh anda dengan log masuk ke akaun anda dan mengemas kini maklumat profil anda. Anda juga boleh membatalkan kebenaran Aplikasi PLAYSTUDIOS Facebook dari laman Facebook anda. Sila ambil perhatian bahawa salinan maklumat yang telah dikemaskini, diubah suai atau dipadam mungkin kekal dilihat dalam halaman cache dan arkib Laman atau Aplikasi untuk suatu tempoh masa tertentu.

Jika anda ingin mengakses atau mengubah suai profil akaun Facebook atau maklumat profil akaun Pengesahan anda, atau menyesuaikan jenis-jenis maklumat yang kami terima daripada Facebook atau akaun Pengesahan anda, anda mesti menyesuaikan tetapan akaun Facebook atau akaun Pengesahan anda secara langsung sama ada melalui Facebook atau akaun Pengesahan anda masing-masing. Kami tidak mempunyai kawalan bagaimana Facebook atau akaun Pengesahan anda berkongsi maklumat anda dengan kami atau pihak ketiga yang lain. Maklumat yang anda berikan kepada Facebook dan akaun Pengesahan anda adalah tertakluk kepada Polisi Privasi Facebook dan Polisi Privasi platform Pengesahan yang berkenaan. 

Apakah Pilihan Yang Saya Ada Berkenaan Penggunaan Maklumat Peribadi Saya?

Kami boleh hantar e-mel promosi atau maklumat berkala kepada anda seperti yang dinyatakan dalam Polisi ini. Di sesetengah negara, kami hanya dibenarkan di sisi undang-undang untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung di mana anda telah bersetuju dengan penggunaan maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan itu, dan di negara-negara tersebut, kami hanya akan berbuat demikian dengan kebenaran anda. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dianggap telah bersetuju untuk kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung. Walaupun anda telah bersetuju, anda boleh memilih untuk memilih keluar dari komunikasi tersebut dengan mengikuti arahan memilih keluar seperti yang terkandung di dalam e-mel tersebut. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengambil masa sehingga 5 hari bekerja untuk kami memproses permintaan untuk memilih keluar. Jika anda memilih untuk tidak menerima e-mel mengenai cadangan-cadangan atau maklumat lain yang kami anggap mungkin akan menarik minat anda, kami mungkin akan hantar e-mel kepada anda berkenaan akaun anda atau mana-mana Perkhidmatan yang diminta oleh anda atau diterima dari kami.

Seperti yang dinyatakan di atas, untuk menyesuaikan jenis maklumat mengenai anda yang kami terima daripada Facebook atau akaun Pengesahan lain, anda mesti menukar tetapan akaun Facebook atau pengesahan anda secara langsung melalui Facebook atau akaun Pengesahan anda.

Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami untuk memadam, atau menghentikan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan, maklumat peribadi anda. Jika anda ingin untuk minta mana-mana daripada perkara di atas, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di DataProtection@playstudios.asia.

 

Rangkaian Iklan Pihak Ketiga

Kami mungkin akan menggunakan pihak ketiga untuk membantu kami dalam pengiklanan Laman, Aplikasi dan Perkhidmatan kami, dan kami mengambil bahagian dalam rangkaian iklan pihak ketiga yang boleh memaparkan iklan di laman-laman web lain berdasarkan lawatan anda ke Laman kami serta laman-laman web lain. Ini membolehkan kami dan pihak ketiga ini untuk menyasarkan iklan dengan memaparkan iklan-iklan untuk produk dan perkhidmatan yang anda mungkin berminat. Pembekal-pembekal rangkaian iklan pihak ketiga, pengiklan-pengiklan, penaja-penaja dan / atau perkhidmatan-perkhidmatan pengukuran trafik boleh menggunakan ‘cookies’, JavaScript, web beacons (termasuk GIF yang jelas), LSO dan teknologi-teknologi lain untuk mengukur keberkesanan iklan mereka dan untuk memperibadikan kandungan iklan kepada anda. ‘Cookies’ dan teknologi-teknologi lain pihak ketiga ini ditadbir oleh polisi privasi yang khusus daripada setiap pihak ketiga yang terlibat, dan bukannya Polisi ini. Kami mungkin menyediakan kepada pengiklan-pengiklan pihak ketiga ini dengan maklumat mengenai penggunaan anda di Laman dan Perkhidmatan kami, serta maklumat agregat atau bukan peribadi mengenai pelawat-pelawat ke Laman dan pengguna-pengguna Perkhidmatan kami.

Anda boleh memilih untuk keluar daripada rangkaian iklan-iklan pihak ketiga, termasuk yang dikendalikan oleh ahli-ahli Network Advertising Initiative ("NAI") dan Digital Advertising Alliance ("DAA"). Untuk maklumat lanjut mengenai amalan ini oleh ahli-ahli NAI dan DAA, dan mengenai pilihan anda berkenaan maklumat digunakan oleh syarikat-syarikat ini, termasuk cara untuk memilih keluar daripada rangkaian iklan pihak ketiga yang dikendalikan oleh ahli-ahli NAI dan DAA, sila layari laman web berikut: www.networkadvertising.org/optout_nonppii.asp (NAI) dan www.aboutads.info/choices (DAA).

Memilih keluar daripada satu atau lebih rangkaian ahli NAI atau ahli DAA (kebanyakannya adalah sama) hanya bermakna bahawa ahli-ahli tidak lagi dapat menyampaikan kandungan sasaran atau iklan-iklan kepada anda. Ini tidak bermakna anda tidak akan menerima sebarang kandungan sasaran atau iklan di Laman kami atau laman web lain. Anda boleh terus menerima iklan-iklan, sebagai contoh, berdasarkan laman web tertentu yang sedang anda layari. Selain itu, jika pelayar anda dikonfigurasi untuk menolak ‘cookies’ apabila anda melawat laman memilih keluar ini, atau anda kemudiannya memadam ‘cookies’ anda, gunakan komputer lain atau pelayar-pelayar web yang lain, pemilihan keluar dari NAI atau DAA mungkin tidak akan lagi berkesan. Maklumat tambahan boleh didapati di laman web NAI dan DAA yang boleh diakses daripada pautan-pautan di atas.

 

Kanak-Kanak Bawah 13

Perkhidmatan kami tidak direka untuk individu-individu di bawah umur 18. Kami tidak secara sedarnya mengumpul maklumat daripada individu-individu di bawah 18 termasuk kanak-kanak di bawah 13 khususnya. Sekiranya kami dapati bahawa kanak-kanak di bawah 13 telah memberikan kami maklumat peribadi, kami akan memadam maklumat tersebut daripada sistem.

 

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan mengenai aspek-aspek privasi Perkhidmatan kami atau ingin membuat aduan, sila hubungi Pembantu Pelanggan kami di info@playstudios.asia atau melalui telefon di +852 2155 2207.

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk menyelesaikan pertanyaan atau aduan anda dengan sesuai.

Pindaan Kepada Polisi Ini

Polisi ini adalah terkini setakat Tarikh Berkuat Kuasa seperti yang dinyatakan di bawah. Kami boleh mengubah Polisi ini dari masa ke semasa, jadi sila pastikan anda menyemak semula secara berkala. Kami akan memaparkan sebarang perubahan kepada Polisi ini di Laman kami. Sekiranya kami membuat apa-apa perubahan kepada Polisi ini yang memberi kesan kepada amalan-amalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi yang telah dikumpulkan daripada anda sebelum ini, kami akan berusaha untuk menyediakan anda dengan notis terlebih dahulu tentang perubahan tersebut dengan menunjukkan perubahan di Laman kami.

Persetujuan Anda

Dengan terus menggunakan mana-mana Perkhidmatan kami atau terus mengakses Laman atau Aplikasi kami, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi ini dan dengan secara nyata bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan penzahiran maklumat peribadi anda oleh PLAYSTUDIOS, untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Polisi ini.

Jika anda ingin menarik balik apa-apa persetujuan yang telah diberikan kepada kami, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di DataProtection@playstudios.asia.

Mac 14 2016